Asslmmualaikum
Hye2.. topik hari ni mengenai JODOH..
korg mesti tau yg Jodoh tu rahsia Allah.. hehe.. siapa lak yg xtau kan..
dan topik ini bersambung dari kisah Suka atau Cinta ..

Jodoh adalah perkara yg sdh d tetapkan oleh Tuhan yg Maha Esa.
Ttp mcm mana kita nk tau yg Si Dia mmg ditakdirkan utk kita?
Tuhan mengurniakan manusia telinga utk mendengar, mata utk melihat dan
akal utk berfikir. Jd gunakan sebaik-baiknya bg mengungkapkan rahsia cinta
yg ditakdirkan.
Dua manusia yg rasa mereka dpt hidup bersama & mmg djodohkan
pasti memiliki ikatan emosi, spiritual & fizikal antara keduanya.
Apabila bsama, masing2 dpt rasa kemanisan cinta
& saling memerlukan antara satu sama lain.
Lpas tu gerak hati un mengatakan, dialah insan yg ditakdirkan
utk bersama.
Betul ke?
Haa.. moh le kite nengok 10 Petanda Si Dia adalah Jodoh kite ..
Jgn nervous2 .. hehe
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja & x berlakon. Cuba perhatikan cara dia
berpakaian, cara perckpan, cara ketawa serta cara mkn & minum.
Adakah ia spontan & x dikwl ataupun kelihatan pelik?
Klu ia nmpk kurang selesa dgn gayanya, sah dia sdang berlakon.
Kadang2, kita dpt kesan yg dia sedang berlakon. Ttp, bila dia tampil bershja & x dibuat-buat,
maka dia adalah calon hidup kita yg sesuai.
Jk x, dia mungkin bkn jodoh kita.
2. Senang atau Selesa bersama
Wlupun kita slalu bersamanya, xde sikit un perasaan bosan, jemu
ataupun tertekan pd diri kita. Semakin hari semakin syg kpdnya. Kita
sentiasa tenang, gembira & dia mnjd pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang skali apabila bersama.
Bila berjauhan pula terasa sdikit tekanan & rasa nk jmpe je ngn dia.
Tak kira siang atau mlm, bila dia xde terasa kehilangan.
3. Terima kita Seadanya
Apapun ksah silam yg pernah kita lakukan, dia x amik peduli un.
Mungkin dia tahu perpisahan dgn bekas kekasihnya sblm ni kita yg mulakan.
Dia juga x ambil kisah siapa kita sblm ni. Yg penting, siapa kita
skarang.
Biarpun dia tau yg kta pernah mmpunyai kekasih sblmnya,
dia x amik hati langsung. Yg dia tau, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tak perlu menyimpan rahsia bila
dia sdah bersedia mnjd pasangan hdup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia x kisah apa yg kita lakukan aslkan x menyalahi hukum hakam
agama. Sikap jujur yg dipamerkan menarik hati kita.
Kejujuran bkn perkara yg boleh dilakonkan. Kita dpt mengesyaki
sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan mnjd milik kita.
Apabila berjauhan, kejujuran mnjd faktor paling penting bg suatu hubungan.
Apabila dia x jujur, sukar bgnya mengelak drpd berlaku curang kpd kita.
Apabila dia jujur, semakin hangat lg hubungan cinta kita.
Kejujuran yg disulami dgn kesetiaan mmbuahkan percintaan yg sejati.
Jd, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Stiap org mmpunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi
supaya dpt mengurangkan beban yg ditanggung.
Apabila kita mmpunyai rahsia & ingin mmberitahu kekasih,
adakah rahsia kita selamat d tangannya? Bg mereka yg berjodoh, sifat saling percaya
mempercayai antara satu sama lain timbul dr dlm hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila mmberitahu rahsia2 kpd kekasihnya
berbanding rakan2 yg lain. Satu lg, kita x berahsia apapun
kpdnya & kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui
kepercayaan & kejujuran. Bahagialah individu yg mmperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bg kita yg inginkan hubungan cinta berjaya & kekal dlm jangka masa
yg panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini.
Kita & kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama
ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yg dilakukan perlulah ikhlas bg mmbantu pasangan &
meringankan tugas masing2. Perkara paling penting, kita & dia dpt
melalui semua ini dgn melakukannya ber-sama2.
Kita & dia juga dpt melakukan semuanya tanpa memerlukan org lain &
kita senang melakukannya bersama. Ini penting krn ia
mmpengaruhi kehidupan kita pd masa depan.Jk tiada kerjasama, sukar bg kita hdup bersamanya. Ini krn,
kita yg memikul tanggungjwb 100%. Bknkah ini menyusahkan?
7. Memahami diri kita
Bg pasangan yg berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya.
Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia mjd penghibur.
Apabila kita mengalami kesusahan, dia mjd pembantu. Di kala
kita sedang berleter, dia mjd pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi.
Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan.
Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’.
Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini
di kala suka dan duka, di saat senang dan susah,
dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada
orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu.
Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita,
dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan
mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya.
Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari,
dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.
Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan
sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan
Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.
Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan
dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi.
Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan.
Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan.
Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa.
Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon,
diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya
Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk.
Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik.
Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia.
Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.
Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?
No comments:
Post a Comment