Assalammualaikum..
da lama tak update blogger.. maklum la baru je berjinak dlm dunia blogger lps tgk
"ISTANBUL AKU DATANG"
Xsbr Xsbr Xsbr! hehe
hehe.. best kan cita tu.. sweettt sgt.. Ain nangis tau tgk cite tu..
Okay la .. utk makluman.. Ain da pun 20 tahun..
Alhamdulillah ke hadrat ilahi sbb ain masih berada di dunia ini..
Happy bday to you Ain... ^^ Yeyyyy !!
act.. ada suka dan duka dlm kisah hdup.. tp itu suma dugaan dari Allah..
jadi kita sebagai umatnya kene la hadapi dgn tabah dan semangat utk meniti hari2 mendtg..
kankankan.. hehe..
okay la Ain cume nk kongsi doa hari lahir untuk kalian.. jadi lps ni boleh la korang
baca menjelang hari lahir nanti...
DOA HARI LAHIR
Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam
Untuk Nabi Muhammad SAW, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.
Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan.
Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan.
Terima kasih juga untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.
Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan.
Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan.
Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku
Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap Mu.
Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa.
Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan.
Namun begitu besarnya kasih Mu….
Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merungut
ketika saat-saat lemahku datang.
Aku tak pernah menafikan hak Mu sebagai Khaliq
walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.
Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan
Mu,
kepada siapa lagi harus aku mengadu?
Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah
namun aku hanya hamba Mu yang daif dan lemah.
Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan.
Ada masanya aku terikut bisikan syaitan.
Namun dengan limpah kasih sayang Mu, Engkau menarikku kembali jauh
daripada kesesatan
Dalam usiaku sebegini aku ingin lebih dekat pada Mu ya Rahman.
Dalam usia yang makin jauh ini, aku ingin lebih merindui Mu ya
Rahim.
Dalam usia meniti senja ini aku ingin selaku mengabdikan diri
sekudusnya terhadap Mu.
Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenangan,
kekusyukkan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti
menghulur kasih kepada yang sudi.
Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba Mu ini..
pimpinanlah hati hamba Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan
kebenaran.
Ya Al Quddus… sebagai hamba Mu yang hina dina, aku takkan mungkin
mencapai sempurna,
tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar
aku mampu meniti Titian Silatulmustakim Mu dengan tenang dan mudah
tanpa cela.
Ya Al Hakim..Berilah aku kesabaran dalam menangani karenah
kehidupan
yang sangat mencabar keimanan dan kesabaranku…
Hulurkanlah aku kebijaksanaan agar aku mampu memacu kalam
keinsanan
hingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.
Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar.
Alam kubur itu benar
Hari Pembalasan itu juga benar
Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian
Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap
Hari Pembalasan
izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut
sebanyaknya himpunan pahala,
untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti.
Aku ingin menjadi anak, ibu dan muaalim yang solehah..
Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau
tentukan untukku…
Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!..
peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada
tali Mu…
Terimalah pemohonan hamba Mu yang sedang bermusafir di bumi Mu ini
Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbil-Alamin.
p/s:kematian
makin dekat bila umur meningkat, tanggungjawab juga makin berat ^^
huhu..
ReplyDeletekite pn mnat cte 'istanbul,aku datang' tu..
syok gler..
betul2.. mmg best.. Ain nangis tgk cite ni.. huhu
Delete