Thursday, 29 November 2012

Persahabatan ^_^

Asslmmualaikum ..
 
 
to all my buddyz..
 
Hye.. hari ni Ain nak cerita mengenai
FRIENDSHIP & EXPERIENCE
^_~
utk makluman semua cerita ni sgtttt...
SERONOK & SWEET..
bagi Ain la.. xtau la kalian macam mana kan .. ^^
 
Yang SERONOKnya bila kita mempunyai sahabat yang memahami kita,
mempunyai persamaan dgn kita,
susah senang bersama kita,
gelak ketawa bersama, menangis bersama..
 
 
Yang SWEETnya pula, bila kita susah sahabatlah yg ada bersama dgn kita..
sahabat juga membantu kita menyelesaikan mslh..
sahabat memberi kita semangat, dorongan selain keluarga kita..
rasa kasih-sayang seorang sahabat yang x blh nk dsamakan dgn percintaan
kiranya semua itu sama la..
 
 
bagi korang pula, apa erti persahabatan.. & apa pengalaman menarik
yg sweet sgt tu ttg kwn2 korg? share la dgn Ain ..
 
bagi Ain pula yg sama kata bg org putih ^_~
 
i) A friend is someone who is there for you when he’d rather be anywhere else.
 
ii) A good friend is hard to find, hard to lose, and impossible to forget.
 
iii) True Friends look at you with no judgment in their eyes, they know you’ve made mistakes but they accept you for being human and help you right the wrongs.
 
iv) There’s a difference between Friends & best friends. if Ur upset a friend comes and hugs you.A best friend comes with a gun and says, alright who am i shooting? :P
 
v) Anybody can listen to your problems. A friend will give you advice to try to make you feel better. A best friend will tell you the truth-good, bad, or ugly.
 
Jgnlah kita memandang rendah erti persahabatan,
krn dlm hdup ini kita tdak mmpu melangkah s'org diri tanpa s'org sahabat.
 
 
Tips Mengekalkan Sebuah Persahabatan
 
Saling memberi kebebasan
Persahabatan memberi kita ruang utk berkongsi suka duka bersama dan bknnya utk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain.
Ttp mnjd sahabat baik jg x bermakna kita harus memiliki seluruh ruang hidupnya.
Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini.
Malah kita juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya.
Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa
mempedulikan perasaan orang lain.
Apa salahnya jk kita saling menghormati hak kebebasan dirinya.
Dan apa yang penting, si dia jujur pada persahabatannya.

Saling menahan rasa cemburu
Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta.
Tanpa cemburu persahabatan x seronok la kan.
Ttp cemburu yg membabi buta jgk blh menjejaskan hubungan.
Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidik dahulu kebenarannya. J
k ada yg x kena, tanyalah temanmu itu dgn baik tanpa bersikap marah dan menuduh.
Usahakan utk berbicara dgn fikiran yg matang dan tenang.
 Sebenarnya perasaan cemburu ini x perlu terlalu ditonjolkan krn ini blh
membuatkan temanmu itu naik tocang.
Dia akn mempergunakan kelemahan kamu itu utk membuat kamu berasa
cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan

Saling memahami
Utk menjdi sahabat yg baik
kita harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta
permasalahannya dgn lebih mendlm.
Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu utk keluar menonton wayang bersama,
kamu x blh membuat tanggapan yg bkn2 ttg dirinya.
Mungkin dia mempunyai urusan yg mesti diselesaikan terlebih dahulu.
Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun
esok masih ada masa untuk kamu bertemu dia.

Saling mengalah
Demi menyelamatkan hubungan, x ada ruginya sekali sekala jk kita bersikap mengalah.
Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Spt menonton wayang, kamu sukakan filem romantik ttp dia pula suka filem aksi.
Olh krn sygkan tali persahabatan yg tlh terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti sgl kemahuanmu se-mata2 mahu menjaga hati dan perasaanmu.
Ttp bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya.
Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.
(haa.. utk yg ber-couple pun blh pki tips ni)

Saling memberi kemaafan
Memaafkan perlu ttp x mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri.
Ttp sebagai insan biasa, kita x dpt lari drpd melakukan kesalahan dan kesilapan.
Lapun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri.
Blajar menjd s'org teman yg sudi memberi kemaafan kpd org lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.
 
<3 My Sweet Friends <3
^_^
 
Ain with Azzy
 
 
Ain with Ieqah
 
Ain with Mimin
 
Meera
 
Ain with Atikah
 
Kaleda
 
Syafiera
 
<3 them
 
DPM Members ^_~
 
 
Takkan terpisah .
Empat sekawan gila-gila rambut tak sama tapi satu kepala tak sedarah tapi bersaudara sumpah untuk bersama-sama .
Takkan terpisah .
Biar tsunami melanda pusing dunia berjanji setia susah senang kami menang .
takkan terpisah..
Ibarat KL dengan trafic jam macam burung biru dengan muka buku tetap rapat. Kami Hebat..
Macam budak hipster dengan jeans ketat takkan koyak takkan goyah ...
takkan terpisah
Kami Buddys. bersama selamanya.
kami riuh kami gempak ngam-ngam macam segi empat tepat suara berbeza pilihan sama fahami jiwa tanpa suara
kami sembang gaduh sms kutuk lepak sebab kami muda sekali jer. Bersama mencipta menggegar dunia.Kami bebas merantau merata-rata merayau-rayau
mencari jati diri bersama selamanya.
Kami buddys. Kami takkan Terpisah !
 
p/s : haha.. ada jgk iklan digi niy.. apa2 un terima ksih krn mnjd sahabat Ain.. peace ^_~
Daaaaaaaaaaaaa...
 


Tuesday, 27 November 2012

Kejutan.. Surpriseee !!!

Asslmmualaikum..
 
 
surprise!!! .. haha.. tbe2 je ada kejutan kan..
okay la.. Ain nk cerita skit pasal kejutan nih.. utk yg sudah maklum
Ain da menyambut bday yg ke 20, 3 hari lpas..
dan pada rakan2 yg xtau tu .. xpe la Ain x marah un.. sbb Ain un xpnah smbut bday sendiri..
Ain x suka kpd kejutan2 bagai ni..
 
tp ain dpt kejutan yg menarik.. bagi org lain benda ni simple je..
tp bg Ain.. rasa terharu sangat ..
lagi2 dpt kejutan dari org yg baru bpe bulan knal..
 
terima kasih pada kakak
SYAFINAA & kakak HAKIMAH
 
 
 
 
sbb bagi hadiah dan kek.. cantik sgt .. happy sgt .. wink3 ^_~
 
Jom tgk picture.. Ain share sikit
 
 
Tp , ain paling suka bg kejutan kat org..
antaranya kejutan sempena ulangtahun perkahwinan BONDA & AYAHANDA
dan juga bday BONDA..
  
mai la cni tgk pict .. ^_^
 
 
 
 
 
 
hehe.. bila Ain tgk balik .. wah da mcm org gila senyum sorang2.. ;)
act.. ain happy tgk org happy..
bia la kita bahagiakan org dlu kan..
 
 p/s:apabila kita mmbahagiakan orang yg kita syg, terutamanya ibu dan ayah kita.. in shaa Allah, kita akan tenang hadapi cabaran hidup.. peace ^_~


 
 
 
 


Sunday, 25 November 2012

Happy Bday Ain.. pfftt..

Assalammualaikum..
da lama tak update blogger.. maklum la baru je berjinak dlm dunia blogger lps tgk 
"ISTANBUL AKU DATANG"

Xsbr Xsbr Xsbr! hehe

hehe.. best kan cita tu.. sweettt sgt.. Ain nangis tau tgk cite tu..

Okay la .. utk makluman.. Ain da pun 20 tahun..
Alhamdulillah ke hadrat ilahi sbb ain masih berada di dunia ini.. 


Happy bday to you Ain... ^^ Yeyyyy !!

act.. ada suka dan duka dlm kisah hdup.. tp itu suma dugaan dari Allah..
jadi kita sebagai umatnya kene la hadapi dgn tabah dan semangat utk meniti hari2 mendtg..
kankankan.. hehe..

okay la Ain cume nk kongsi doa hari lahir untuk kalian.. jadi lps ni boleh la korang 
baca menjelang hari lahir nanti...

DOA HARI LAHIR

Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad SAW, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.


Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan.
Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan.
Terima kasih juga untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.
Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan.
Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan.
Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku
Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap Mu.
Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa.
Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan.
Namun begitu besarnya kasih Mu….
Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.

Aku tak pernah menafikan hak Mu sebagai Khaliq
walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.


Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan Mu,
kepada siapa lagi harus aku mengadu?
Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah
namun aku hanya hamba Mu yang daif dan lemah.
Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan.
Ada masanya aku terikut bisikan syaitan.
Namun dengan limpah kasih sayang Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan

Dalam usiaku sebegini aku ingin lebih dekat pada Mu ya Rahman.
Dalam usia yang makin jauh ini, aku ingin lebih merindui Mu ya Rahim.
Dalam usia meniti senja ini aku ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap Mu.

Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukkan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.


Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba Mu ini..
pimpinanlah hati hamba Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.

Ya Al Quddus… sebagai hamba Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna,
tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar
aku mampu meniti Titian Silatulmustakim Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Ya Al Hakim..Berilah aku kesabaran dalam menangani karenah kehidupan
yang sangat mencabar keimanan dan kesabaranku…

Hulurkanlah aku kebijaksanaan agar aku mampu memacu kalam keinsanan
hingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar.
Alam kubur itu benar
Hari Pembalasan itu juga benar
Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian
Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan
izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala,
untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti.

Aku ingin menjadi anak, ibu dan muaalim yang solehah..

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku…
Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!..
peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali Mu…

Terimalah pemohonan hamba Mu yang sedang bermusafir di bumi Mu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbil-Alamin.

p/s:kematian makin dekat bila umur meningkat, tanggungjawab juga makin berat ^^