Sunday, 5 May 2013

New Story ^_~


Asslmmualaikum,

Fuuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhhhhhhh…. Hmm byk nye sawang kat blog nie.. huhu

Da lama x update cerita… bknnye xnk update tp xde masa tambah lg ain mmg x suka tulis blog huhu 
(klu x suka watper ada blog.. wat semak je :P).. tp kdg2 nk berkongsi cerita apa slhnye kan…
(ITU UN KLU ADA YG NAK BACA .. HEE)  wah panjang mukadimah .. hehe J

Klu yg sudi baca n nk tau perkembangan .. ain da un hbes exam.. da lama un.. untuk semester 5.. 
so next sem ain da last semester.. harap2 sem dpan lebih baik dari sem nie.. Amin!!
Xbyk un ain nk cite sbnrnya.. klu nk pkir balik byk cerita, antaranya cerita bab byk masalah, byk dugaan, byk pengalaman n byk lg lah blablabla … yg ain dpt sem ni.. hehe..

MASALAH

Hmm.. semua org ada mslh cume cara nk atasi je ikut stail masing2.. mcm ain.. 
ain tenangkan fikiran dan lps tu baru blh selesaikan dgn tenang.. 
antara satu masalah yg paling besar .. haa ni cite yg paling geram, bengang + sakit lak hati kite … 
kes kawan mkn kawan .. pergh.. sentap .. bkn semua org kita blh percaya tambah2 lagi org yg dkt ngn kita… bkn nk ckp sape2.. tp nk bg peringatan jer.. sbb da byk kali kene.. tp ain kan baik hati.. hahaha (BAIKNYEEE :P) sbb tu senang sgt terkena ..  sabo je lee..

DUGAAN

Ini un biasa dlm idup kita… dugaan dtg dlm byk hal.. cth .. aktvt kumpulan dlm kelas.. 
wah penuh emosi .. kene sabar lebih.. 
kadang2 suka post rasa geram kat FB .. mmg tabiat org ramai la Fb jd tmpt lps perasaan.. 
kdg2 bknnye org suka baca.. ada like un sbb dorg un pnah rasa benda yg sama.. 
ain jrang post benda yg lepas geram niy.. tp dsbbkan dugaan tinggi tu yg terlepas post … hehe.. 
(ADA LAK CENGGITU :P BAIK LA KONON) 
tp dugaan dlm kumpulan tu biasa .. byk la blaja bersabar sbb klu ain lps geram kt FB ada la sorg brader ni sruh ain sabar .. tiap2 post lpas geram ain lak tu .. thanks la brader sbb sruh ain sabar.. ^_~ ..

PENGALAMAN

Pengalaman ain byk .. ye la ..bila da ada masalah n dugaan dari situ dpt byk pengalaman kan.. 
Pengalaman ain mjd lebih dewasa.. hehe .. 
sbnrnye ain byk ubah sikit pendirian ain sem ni.. sbb ain xnk jd cam bbdak .. 
sem ni kene lebih serius n nmpk dewasa skit.. lps balik LI la kata kan.. da bergaul dgn ramai org…
 rakan kerja, bos, n ramai lagi la.. sbb tu xnk main2.. 
agy un pointer ain x la gempak cam member2 yg lain.. biasa je.. 
so skarang baru ada kesedaran nk naikkan kepandaian .. hee
Jd .. itu je ain nk kongsi… klu blh panjang cite ni haa.. tp korg bosan lak nk baca… 
da biasa.. ain un cmtu gak.. xsuke baca sgt.. huhu ..

Klu yg sudi komen.. ain alu-alukan sgt.. mana tau ada persamaan.. 
boley SHARING STORY .. hee

FROM HEART TO HEART, SWEET & SIMPLE AINALI  .. PEACE ^_~

Tuesday, 12 March 2013

Biar Kasihku Untuk Suami

Tidak banyak yang dapat Rizal lakukan pada cuti semester kali ini. Ibu bapanya meminta Rizal tinggal di rumah membantu mereka menjaga adik-adiknya dengan pelajaran mereka. dia akur meskipun bermacam rancangan telah dia aturkan untuk cuti kali ini. 

Panas terik. Sukar untuk melihat tanda-tanda hujan akan turun dalam masa terdekat. Sedang Rizal sendirian di rumah, mengemas, deruman enjin motosikal kedengaran di hadapan rumahnya. Posmen. Rizal keluar untuk mengambil surat darinya. Pada surat itu tertera namanya yang ditulis dengan tangan. Rizal mengenali tulisan tangan itu. Anis 

Rizal bergegas masuk ke biliknya untuk membaca surat dari kekasih hatinya itu. 

********************************************************************************************************************************************

Assalamualaikum. 

Bagaimana kesihatan Riz sekrang? Anis harap, Riz sihat. Rizal kerap sangat jatuh sakit, Risau Anis setiap kali dengar Riz jatuh sakit. Anis harap Riz dapat jaga kesihatan dengan baik. Jangan bimbang, Anis di sini selalu sihat sahaja. Cuma, selesema sikit. 

Emm Riz, Mesti Riz hairan kan, kenapa di zaman moden serba canggih ini Anis masih menggunakan surat untuk tulis kepada Riz sedangkan Anis boleh je SMS Riz dari sini? Sebenarnya, ada perkara Anis nak bagi tahu kepada Riz. Anis harap Riz akan memahami apa yang akan Anis katakan nanti. 

Riz, dah lama Anis dirikan solat hajat supaya Allah berikan petunjuk jika Riz adalah yang terbaik untuk Anis? Dah lama Anis dirikan solat istikharah dengan harapan Allah berikan petunjuk tentang hubungan kita. Tapi, Anis masih belum dapat apa-apa petunjuk yang jelas. 

Mulanya, Anis ingat petunjuk itu akan datang melalui mimpi. Tapi, bila Anis tanya pada sahabat Anis, katanya bila buat solat istikharah, tidak boleh mengharapkan petunjuk itu datang melalui mimpi. Riz, dia juga ada kata bahawa petunjuk itu boleh datang melalui pelbagai cara sebab, hanya Allah sahaja tahu cara terbaik untuk berikan petunjuk kepada kita. Dia juga cakap, hanya Anis sahaja yang boleh tahu tentang petunjuk-Nya. Tambahnya lagi, antara cara Allah berikan petunjuk termasuklah melalui lintasan hati atau rasa hati, dalam erti kata lain, naluri. 

Riz, jujurnya Anis katakan, Anis berat hati untuk mengatakannya. Tapi, Anis tetap kuatkan hati Anis untuk mengatakannya kepada Riz dan hanya cara ini sahaja Anis dapat memberanikan diri. Maaf, Anis tak sanggup menggunakan bibir untuk mengucapkannya, hanya sekadar titisan tinta ini sahaja yang dapat Anis luahkan. 

Riz, adakah sesiapa yang berada di sana menaruh hati pada Riz? Jika ada, janganlah Riz siakan dia. Hargailah orang yang terdekat. Mungkin mereka adalah yang terbaik untuk Riz. Atau, adakah sesiapa di sana yang telah berjaya memikat hati Riz dan menggantikan Anis yang berada jauh dari Riz? Jika benar ada, Anis pasrah dan redha. Lagipun, Anis masih ingat pesan Riz di awal hubungan kita dahulu, "Jika sudah jodoh kita berdua disatukan, kita tetap akan bersama" Sesungguhnya Allah telah menentukan yang terbaik untuk kita. 

Riz, Anis menulis begini tidak bermakna hati Anis sudah dicuri jejaka lain. Tetapi, Anis tak mahu lagi hubungan ini berterusan. Anis rasa bersalah. Sebagai seorang gadis, sepatutnya Anis hanya memberikan kasih Anis ini kepada seorang lelaki bernama suami. 

Masih ingat kata-kata Riz semasa kita masih di matrikulasi dulu, ketika kita berdua perlu berjumpa untuk melakukan urusan persatuan? Riz kata, "Bawalah sahabat Anis yang paling Anis percayai". Kita masih belum mempunyai ikatan yang sah untuk berjumpa hanya berdua. Riz masih belum menjadi suami Anis. Kalau Riz sudah pun terlupa, anggaplah ini sebagai peringatan. Riz, sejak kali pertama Riz berpesan begitu, Anis telah berpegang pada kata-kata Riz ini dan Anis akan tetap terus ingat dan pegang kata-kata Riz itu. 

Riz, jujurnya Anis katakan, amat sukar untuk Anis cuba melupakan hubungan kita dan cukup sukar untuk Anis mengabaikan perasaan Anis pada Riz. Tapi, Anis sedar bahawa Anis adalah seorang gadis dan seorang gadis sepatutnya menyimpan kasihnya hanya untuk suami. Anis amat berharap agar Anis dapat melupakan hubungan kita. Anis sendiri telah pun redha akan ketentuan Ilahi tentang jodoh Anis. Anis harap Riz pun dapat melakukan seperti Anis, lupakan hubungan kita. 

Riz, Anis tak mahu mengatakan bahawa Anis masih menunggu Riz untuk datang melamar Anis. Usahlah Riz bertanya jika Anis akan menunggu Riz. Biarlah persoalan ini menjadi rahsia kerana antara kita masih belum ada ikatan yang sah. Riz masih belum suami Anis. Cukuplah jika Anis mengatakan bahawa, selagi bunga belum disunting, selagi itu kumbang berpeluang, selagi Anis belum dilamar, selagi itu Riz boleh datang meminang. 

Riz, Anis berkata begini bukanlah bermaksud Anis masih menunggu Riz. Tetapi, jika Anis telah dilamar terlebih dahulu dan itu adalah kehendak ibu bapa Anis, Anis redha dan Anis harap Riz dapat melepaskan Anis. Jika Riz ingin mengahwini gadis lain, Anis tetap redha dan rela melepaskan Riz. 

Riz, jujurnya Anis katakan, berat untuk Anis mengatakannya melalui titisan pena ini. Bahkan lebih berat lagi untuk Anis mengatakannya melalui bibir ini. Namun, Anis tetap nekad untuk mengatakannya Anis harap, Riz dapat memahami keputusan Anis ini dan menerimanya. 

Riz, terima kasih untuk segalanya yang telah Riz berikan kepada Anis. Ketika saat Anis merasa lemah, Riz banyak memberikan kekuatan kepada Anis semula. Di saat Anis tidak tahu kepada siapa untuk mengadu, Riz sedia untuk menjadi pendengar yang baik. Di saat Anis amat-amat memerlukan bantuan, Riz sedia untuk membantu. Ketika Anis bersedih dengan keputusan matrikulasi semester pertama, Riz jugalah yang memberikan semangat untuk Anis terus berusaha dengan lebih gigih. 

Riz, mulai saat ini biarlah hubungan kita sekadar sahabat yang pernah berkenalan di matrikulasi dulu. Lupakanlah hubungan kita yang lebih dari sahabat rapat itu dan biarkanlah ianya menjadi sejarah. Jangan lupa, belajarlah bersungguh-sungguh sehingga Riz dapat mencapai cita-cita Riz. Janganlah sekali-kali lupakan Allah. 

Pesanan Riz selalu bermain-main di kepala Anis, "Jadilah wanita solehah yang mulia dengan Islam.." Melalui surat ini, Anis juga ingin memberikan pesanan yang sama untuk Riz, "Jadilah lelaki soleh yang mulia dengan Islam" 

Riz, biarlah kasih Anis ini untuk seorang lelaki bernama "SUAMI" 

Assalamualaikum... 

Seorang gadis, 
Anis 

Sumber: bilal 
http://tintamasjid.blogspot.com/

Sunday, 10 March 2013

Dakwah Seorang Suami

Asslmmualaikum w.b.t 


"Anda mampu mendidiknya"
---------------------------------
Abah: "So dah decide siapa yang ko nak kahwini?"


Pemuda: "Dah. Saya pilih yang berpurdah full package."


Abah: "Abah bantah sekeras-kerasnya."


Pemuda: "Kenapa abah?! Katakan kenapa?! Katekanlah!"


Abah: "Abah nak ko pergi lamar minah yang baru pas STPM yang jual pisang

 goreng dekat corner tepi rumah Kak Bedah, Jalan Ampang,
 tepi kedai tepon, sebelum roundabout, trafik lite yang ketiga setelah balai polis tu."

Pemuda: "HAH!!? Ni masa depan saya, abah! Abah tak boleh paksa!"


Abah: "Redha orang tua boh! Tak guna abah hantar kau ke Jordan 

belajar agama kalau ko melawan cakap abah yang tua lagi uzur serta kencing manih ni."

Pemuda: "HMPH! Baiklah abah. Saya akur, rela dan redho."


Pemuda tu dah kenal sangat minah tu. Dengan seluar jeansnya, 

dengan tshirt ketatnya, dengan tudung pendeknya. 
Ah, langsung tak ada ciri-ciri isteri solehah idaman kalbunya.
Akhirnya, keluarga perempuan menerima lamaran keluarga si pemuda. 

Setelah kahwin, maka tinggallah si pemuda dengan minah tu.

Suami: "Kalau saya suruh awak something boleh tak?"


Isteri: "Boleh. Saya isteri awak sekarang."


Suami: "Awak pakai purdah boleh tak?"


Isteri: "Boleh..tapi sebelum tu, boleh tak ajar saya ilmu-ilmu agama, 

cara nak solat dengan betul, perbetulkan mandi hadas saya, 
ajar saya al-Quran..siyes, selama ni saya nak belajar agama, 
cuma tak tahu nak belajar dengan siapa. Tak ada orang nak tunjuk ajar saya. 
Tak cukup hanya belajar di sekolah. Cikgu tak tumpu pada saya, tapi satu kelas."

Suami: "Emm..insya-Allah.." (Rasa sebak dalam hati)


Pemuda tidak sangka, gadis yang disangka buruknya itu lebih mudah menerima 
didikan dan ajarannya. 
Tidak perlu dipaksa untuk belajar. Mudah menyerap segala ilmu yang 
diajar bila hati berkeinginan untuk belajar. Lama-kelamaan, kasih tersemai, hati bertaut.

Pemuda: "Terima kasih, abah."


Abah: "Bagus, inilah dakwah seorang suami. Kita bukan nak petik mawar berduri. 

Tapi kita nak tanam, baja dan semai pokok bunga mawar. 
Bunga mawar yang dipetik, pasti layu. Tapi bunga mawar yang bersama dengan 
pohonnya insya-Allah terus segar. Kau paham tak?"

Pemuda: "Faham, abah. Anda mampu mengubahnya."


Abah: "Salah tu. Anda mampu mendidiknya."


Pemuda dan abahnya ketawa bersama.
Pemuda dan isterinya hidup bahagia hingga akhirnya. Yang jahil boleh jadi solehah. 

Yang tak pakai purdah boleh dipakaikan purdah.Segalanya mungkin.

Dengan iman dan keyakinan tinggi pada Allah.


Kredit to : Muhammad Rusyde





Tuesday, 18 December 2012

Sahabat, Saya Sayang Kamu

Asslmmualaikum..

Pernah saya ungkapkan padanya,
“Hei. Saya sayang kamu. Maka saya hendak kamu sentiasa dijalan-Nya. 
Untuk menegur kamu sekiranya tersilap arah, tak perlu saya untuk minta kebenaran darimu. 
Sepertimana saya sayang padamu kerana ALLAh, maka kerana ALLAh saya menegurmu.”


Pernah saya bisikkan dari jauh padanya,
“Hendak berjiran dengan kamu di syurga. Kamu sudi tak? 

Saya nak sayang kamu di dunia, dan sampailah akhirat. 
Kalau ALLAh izinkan saya masuk syurga, maka saya hendak kamu ada di dalamnya. 
Boleh tak?”


Dia menjawab,
“Saya tak layak. Saya bukan seorang hamba yang baik!”



Saya tepuk bahunya dari kejauhan,
“Hei, mari sini. ALLAh masih pinjamkan umur. 

Masih belum terlambat untuk kamu dan saya berusaha bersama-sama.”


Matanya bergenang,
“Saya sayang kamu, sahabatku!”



Saya senyum padanya dari kejauhan,
“Dan saya lebih menyayangi kamu. Ingat ni~”



Saya mendekat padanya dari kejauhan,
“Psst! Kalau saya diizinkan masuk syurga, saya nak kita melangkah ke dalamnya bersama-sama. InshaALLAh, mesti seronok kan! Tapi kalau ALLAh takdirkan neraka tempat saya. 

Saya minta sesuatu boleh? Kamu palingkan wajah kamu dari melihat saya pada hari itu, ya? 
Jangan berpaling untuk saya. 
Saya tak mahu kamu sedih melihat saya..”


Saya tertunduk dihadapan Yang Esa,
“Ya ALLAh, berikanlah kekuatan dan ketabahan serta kesabaran iman kepada sahabatku untuk menjalani hidupnya semasa di dunia. Jadikan dia daripada golongan hamba yang Kau redhai. 

Peluklah dirinya ya ALLAh dengan kehangatan kasih kepada-Mu. 
Ikat hatinya dengan tali agamamu! Jangan Engkau pernah biarkan dia merasa sendiri kekosongan tanpa hidayah-Mu. Dengarkanlah doa hamba yang faqir ini, ya Dzal Jalali Wal Iqram..!!" :'(


Sungguh saya sayang pada sahabat saya. Dan sungguh saya ingin sentiasa dia berada dalam pelukan Ilahi.



Akan saya bersaksi di hadapan ALLAH SWT!
Meminta kamu dimasukkan ke dalam Jannah..



from:



Friday, 7 December 2012

Hari Terakhir Di LPSVN

Asslmmualaikum

Pada jam 12.22 minit pagi .. Ain xley lelapkan mata lagi..
sbb asyik terfikirkan hari terakhir Ain sebagai pelajar praktikal di LPSVN
ape tu?.. hehe.. mesti korg nak tau kan..
LPSVN tu singkatan bg nama 

LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA..

ala.. yg slalu klua iklan kat TV tu.. hehe
sedih + gembira + terharu & plus+ lg lah.. perasaan ni muncul lps tamat LI kat ctu..

Ain happy sgt dpt peluang utk mengenali alam pekerjaan..
mengenai Audit jgk.. 
Ain dpt byk kawan2 yg sporting, bos yg baik.. Staf2 un sgt baik..
lagi2 dgn staf Cawangan Audit Dalam & Bahagian Sumber Manusia
mmg syok bila mengenali mereka.. haha
nak nangis la pulak.. nseb baik bila dkt ofis x meleleh air mata ni..

Ain nak ucapkan Ribuan Terima Kasih dkt Bos, kak Lisa, kak Kim sbb
sudi blanja makan tengahari td dkt Pizza Hut.. 


Fuh.. mmg kenyang sgt.. 

Terima kasih jgk sbb bagi Jam Tangan dkt Ain..
act, Ain mmg nak cari seutas Jam..
Happy n terkejut sgt bila benda yg Ain nkkan tiba2 ada.. ^_^

Ain pegang satu tangan x bermakna Ain x happy .. 
itu bermaksud Ain terlalu kenyang..
hehe.. btw Terima kasih Bos .. 
dan juga kak Kim dgn kak Syasya sbb cari Jam ni..

Terima Kasih jgk dkt Kak Syasya sbb bg Ain bingkai gambar + gambar kita 
masa dkt Jamuan Hari Raya..dan barang2 Balai .. Ain un berterima kasih sgt2 sbb
akk sudi hantar Ain ke rumah hari2.. ^_^




Kepada Kak Lisa jgk Terima Kasih .. ^_^
comel kotak hadiah ni.. warna pink.. 



haha.. byk sgt Terima kasih .. In Shaa Allah.. klu ada rezeki kita jmpe lagi..
Ain mohon maaf klu ada salah dan silap sepanjang Ain bekerja di Cawangan Audit Dalam

Thanks to : En. Nor Azmi Jumali, Kak Lissa, Kak Kim, Kak Syasya, Kak Ana (miss U kak Ana), Kak Ayu, Kak Dayah, Kak Rina, Kak Zurin, dan akhir skali Kak Ruby (miss kat akk jgk.. nak kek .. huhu)..


Rapuh by Opick

Asslmmualaikum

Hye2.. bertemankan teddy pink d sebelah.. 
hari ni Ain nak share satu lagu..
lagu yg amat menyentuh hati nurani kita.. 
lagu itu bertajuk Rapuh drpd nyanyian Opick.. 
penyanyi kesukaan Ain.. tp Ain suka un sbb lagu2nye yg sdap 
d dgr..

Oke le.. jom kita layan lagu ni.. sambil hayati liriknya skali .. 
^_~.. peace.. Smile Always ..


Lirik Lagu Rapuh - Opick

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu



Wednesday, 5 December 2012

Dengarlah Wahai Temanku Sekalian

Temanku,
Allah menjadikan manusia sama,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia berbeza-beza,
Ada yang lalai dengan angan-angan,
Ada yang tekun dengan berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah Maha Adil sifat-Nya,
Kelalaian dibalas kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
Kau diberi peluang membuat pilihan,
Kau jua yang tanggung ...
 
 
Keadaan diri kita banyak ditentukan oleh:

1. Bagaimana pergaulan kita?
2. Dengan siapa kita bersahabat?
3. Di mana kita mendapatkan teman-teman?
 
Fikiran kita banyak dilukis oleh cara berfikir dan cara pandang teman-teman kita dalam melihat dan membuat persepsi terhadap dunia ini. Kita akan banyak diwarnai oleh:

1. Getaran hati sahabat-sahabat kita.
2. Akhlak dan perilaku mereka.

Kita akan sentiasa berputar di orbit :

1. Orang-orang yang kita cintai.
2. Orang-orang yang kita senangi.
3. Orang-orang yang kita anggap memiliki bekas cinta yang dia hulurkan kepada kita semua.
 
Bekas cinta inilah yang membuatkan kita mabuk dan tenggelam dalam kecintaan yang luar biasa.

Tidak salah jika Rasulullah saw seringkali memberi peringatan kepada kita semua bahwa :

1. Jika kita ingin melihat agama seseorang maka hendaklah kita melihat siapa teman orang itu.
2. Jika kita ingin melihat karakter dan pandangan hidup seseorang maka hendaklah kita melihat teman pergaulan orang itu.
 
Tidak ramai orang yang mampu menjadi pahlawan di tengah-tengah para penjahat.
Begitu pula adalah sangat sedikit orang yang akan menjadi penjahat sementara dia hidup di tengah-tengah para ulama'.

Aura hidup seseorang akan banyak mengalirkan tenaga kepada orang lain :

1. Tenaga jahat akan dengan mudah menular kepada orang lain.
2. Tenaga baik juga boleh mengalir walaupun memakan masa yang lambat.
 
Ramai orang yang baik-baik tiba-tiba menjadi jahat dan penjahat kerana teman-temannya yang jahat manakala ramai juga orang alim yang tiba-tiba memuja dunia kerana dia hidup di tengah-tengah pemuja dunia.

Keadaan ini sering berlaku di mana kita dapat lihat ramai di kalangan golongan ‘Asatizah’ (ustaz / ustazah) yang tiba-tiba tersentak apabila berhadapan dengan limpahan nikmat dunia manakala ramai juga ulama' yang kehilangan akal rasional tatkala terkurung oleh kepentingan dunia.

Selain itu ramai pula orang yang mempunyai akhlak buruk namun tiba-tiba menjadi soleh kerana:

1. Ia banyak meneliti kata-kata ulama'.
2. Sentiasa merenungi ayat-ayat Allah.
3. Selalu ingat tujuan akhir kehidupannya.
 
Manusia akan sentiasa terseret di belakang ideologi temannya serta menari bersama ritma paradigma sahabat-sahabat dan orang-orang yang dekat dengannya kecuali yang Allah berikan rahmat kepadanya.

Maka dengan itu, jangan kita lupa akan :

1. Pertahanan kesolehan diri kita.
2. Tenaga ketaqwaan kita.
3. Bara tawakkal kita.
 
Semangat kerja kita akan tiba-tiba menjadi layu tatkala kita salah dalam memilih teman-teman kita.

Api kerohanian kita yang biasanya berkobar-kobar akan dengan tiba-tiba redup tatkala teman-teman kita membawa obor kegelapan dan bersedia untuk memadamkan api kerohanian kehidupan kita.

Dan ingatlah bahwa kita akan sentiasa bersama dengan orang yang kita sukai dan cintai sebagaimana sabda Rasulullah saw :

"Setiap orang akan bersama dengan orang yang dicintainya." (HR Bukhari / Muslim)
 
1. Jangan sampai kesolehan kita tercalar oleh keburukan akhlak teman-teman kita.
2. Janganlah kerendahan hati kita (tawadhu') tercabut oleh keangkuhan teman-teman kita.
3. Janganlah kezuhudan kita terhakis oleh ketamakan teman-teman kita.
4. Janganlah kedermawanan kita terhapus oleh kekikiran teman-teman kita.
5. Janganlah keberanian kita tertimbus oleh sifat pengecut teman-teman kita.
 
Jika kita tidak mengawasi diri kita, maka bersiap sedialah untuk menjadi korban pencerobohan terhadap diri kita sendiri.

Jika kita tidak bersikap teliti, maka bersiap sedialah untuk menghadapi penyesalan tiada henti.

Kita, sekali lagi, akan bersama dengan orang-orang yang kita cintai. Kita kagumi dan kita ikuti langkah-langkahnya.

Jika kita cinta kepada Rasulullah saw, maka kita akan bersamanya di syurga Allah swt nanti namun tatkala kita mulai merasa sangat selesa dengan dunia maka dunia akan menyibukkan diri kita terhadapnya sehingga kita lupa akan hari akhirat.

Setelah kita lelap dalam dakapannya, akhirnya ianya akan menjadikan kita lupa terhadap diri kita sendiri.

Ya Allah, kurniakanlah teman dan sahabat yang baik untuk kami sehingga bau wangi dan keharuman akhlak mereka akan sentiasa terpercik ke pakaian harian kami. Hubungkanlah jambatan cinta kami kepada mereka sehingga arus cinta itu akan berkekalan mengalir ke akhirat. Kuatkanlah iman dan mantapkan rohani kami sehingga ianya akan menjadi pendinding kepada pengaruh-pengaruh teman-teman di sekeliling kami.

Ameen Ya Rabbal Alameen